SENARAI TUGAS GURU DI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS PENDENGARAN KUALA TERENGGANU 2011 | |||
BIDANG | BIL | TUGAS | JAWATAN |
A: AKADEMIK | 1. | Guru Mata Pelajaran Matematik ( Kelas Pendengran ) | ( 6 UPSR 1. 6A1, 5A2 ) |
2. | Guru Mata Pelajaran Matematik ( Kelas Penglihatan ) | 6 UPSR 3 | |
3. | Jawatankuasa Kurikulum Sekolah | Setiausaha | |
4. | Jawatankuasa UPSR | Penyelaras | |
5. | Jawatankuasa e-Pantau Sekolah | Penyelaras | |
6 | Jawantankuasa Program Pendidikan Terengganu Terbilang ( PPTT 2011) | Penyelaras | |
7. | Jawatankuasa jadual waktu/guru ganti | AJK | |
8. | Jawatankuasa PPSMI | AJK | |
9. | Jawatankuasa Selepas UPSR | AJK | |
10. | Jawatankuasa Panitia Matematik | AJK | |
11. | Jawatankuasa Standard kualiti Pendidikan Malaysia ( SPKM ) | AJK | |
12. | Jawatankuasa Pengurusan Perolehan Aset | AJK | |
B: KOKURIKULUM | 1. | Jawatankuasa Badan Beruniform | AJK |
2. | Tunas kadet Remaja Sekolah | Penolong pemimpin | |
3. | Jawatankuasa Pemilihan dan Bantuan Pakaian Seragam | AJK | |
4. | Jawatankuasa Sukan dan Permainaan | AJK | |
5. | Jawatankuasa Kelab Badminton | AJK | |
6. | Guru Rumah Hijau | AJK | |
C: HAL EHWAL MURID | 1. | Jawatankuasa Kemasukan ke sekolah Menengah | Pengerusi |
2. | Jawatankuasa Badan Disiplin dan Pengawas | AJK | |
3. | Jawatankuasa Hal Ehwal Murid | AJK | |
Thursday, March 31, 2011
SENARAI TUGAS TAHUN 2011
pagi nie GB mintak semua guru serahkan senarai tugas... maka bergegaslah kita menuju ke makmal komputer untuk menaip tugasan yg baru terima...
Mari Belajar Bahasa Isyarat
PENGENALAN
Bahasa isyarat merupakan kaedah komunikasi yang menggunakan pergerakan tangan, badan dan bibir untuk menyampaikan maklumat dan melahirkan maksud kata-kata seorang penutur. Bahasa Isyarat digunakan secara meluas oleh kebanyakan orang pekak di Malaysia. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan antara bahasa isyarat mengikut tempat dan lokasi. Bagi orang biasa, ia boleh dikatakan sebagai loghat atau dialek tempatan.
Di Malaysia terdapat dua jenis bahasa isyarat yang utama digunakan secara meluas iaitu Bahasa Isyarat malaysia (BIM) dan Kod tangan Bahasa Melayu (KTBM). Untuk membezakan dua jenis bahasa isyarat ini bolehlah dikatakan bahawa BIM lebih kepada percakapan harian biasa manakala KTBM lebih kepada bahasa yang biasa digunakan dalam penulisan dan rasmi
SEJARAH
Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) ini bukan Bahasa Melayu Isyarat Tangan.Kod Tangan Bahasa Melayu diadakan menurut asas-asas dan tatabahasa serta prinsip-prinsip bahasa melayu sebagaimana yang didengar, diperbualkan,ditulis, dibaca dan difahami oleh rakyat Malaysia. Apabila Kod Tangan Bahasa Melayu ini diperturunkan ke dalam bahasatulisan maka tiada apa-apa perbezaan pun tentang struktur dan simantik dalam bahasa Melayu. Ayat-ayat yang diberi kepada kanak-kanak pekak atau kanak-kanak biasa itu sama maknanya.
Kod tangan mula pada tahun 1973 dan Bahasa Malaysia Kod Tangan (BMKT) digubal dan siap pada tahun 1978. Pada tahun 1982, kursus BMKT yang pertama diPulau Pinang. Jabatan Pendidikan Khas dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak ersatuan Pekak Negeri-negeri, Jabatan Pendidikan Negeri, Dewan Bahasa kod tangan bahasa melayu (KTBM) edisi 1979 yang diguna pakai sehingga hari ini.
Kata Majmuk
Perkataan kata majmuk yang mempunyai dua kata dasar digabungkan seperti: kapal terbang keretapi tali pinggang papan hitam bola sepak Semua kata majmuk ini membawa suatu makna atau objek. Oleh itu digunakan satu kod sahaja.Kata Ringkas Ada perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang diringkaskan dari dua, tiga atau lebih menjadi satu perkataan sahaja seperti :
cikgu daripada encik guru.
tiada daripada tidak ada.
berdikari daripada berdiri di atas kaki sendiri.
pawagam daripada panggung wayang gambar.
Semua perkataan ringkas ini tidak diberi kod tetapi hendaklah dieja kecuali pada perkataan-perkataan yang lazim digunakan seperti cikgu digunakan “c” seperti kod “guru”, tiada digunakan “t” seperti kod tidak.
Perkataan Pergandaan Berganda sama budak-budak, orang-orang, rumah-rumah Semua perkataan berganda sama ini diulang kod perkataanyang mula-mula.Berganda tak Sama (Berubah) Semua perkataan berganda tak sama (berubah) ini menggunakan kod perkataan mula dan huruf awal pada perkataan berikutnya iaitu:
kuih-muih= kod kuih dan huruf m
saudara-mara= kod saudara dan huruf m
bukit-bukau= kod bukit dan huruf b
Berganda separuh
Semua perkataan berganda separuh ini hendaklah didahulukan dengan huruf dan diikuti dengan kodnya.lelaki= huruf l dan kod laki jejari= huruf j dan kod jari bebola= huruf b dan kod bola Perkataan berganda dan berpenambah tulis-menulis, berlari-lari, buah-buahan Semua perkataan ini dilakukan seperti perkataan berganda sama iaitu diulangi kod dasarnya dengan diberi awalan atau akhiran pada mana-mana perkataan yang berkenaan.
Imbuhan (penambahan) me, pe, ter, ber dan per.
Murid-murid hendaklah diberitahu tentang penggunaan dan perubahan ejaannya pada penambahan “me” yang bertukarmenjadi me, mem, men, meng, menge. Walaupun demikian semua menggunakan huruf pertama seperti :
(a) huruf m untuk awalan huruf t untuk awalan
(b) Untuk membezakan antara awalan “pe” dengan “per” ialah ditambah huruf “r” menjadi “p” dan “r”. pelukis= “pe” dan kod lukisan perbuatan= “p”- “r” dan kod buat dan “an”
(c) Dalam Bahasa Melayu terdapat beberapa pengecualian ejaan dalam imbuhan “pe” yang tidak menurut perubahanejaannya pada perkataan sakit, tani, sawah, kerja Dalam KTBM ini, pengecualian ini ialah huruf “p” tangan kanan tetap seperti biasa tetapi pengecualian ini pada tapak tangan kiri yang hujung jari menghala ke depan, tidak ke atas.
(b) Untuk membezakan antara awalan “pe” dengan “per” ialah ditambah huruf “r” menjadi “p” dan “r”. pelukis= “pe” dan kod lukisan perbuatan= “p”- “r” dan kod buat dan “an”
(c) Dalam Bahasa Melayu terdapat beberapa pengecualian ejaan dalam imbuhan “pe” yang tidak menurut perubahanejaannya pada perkataan sakit, tani, sawah, kerja Dalam KTBM ini, pengecualian ini ialah huruf “p” tangan kanan tetap seperti biasa tetapi pengecualian ini pada tapak tangan kiri yang hujung jari menghala ke depan, tidak ke atas.
Wednesday, March 30, 2011
Mari Belajar Braille ...
Sejarah
Louis Braille dilahirkan pada 4 Januari 1809 di bandar Coupvray berhampiran Paris. Beliau merupakan pengasas tulisan braille, iaitu titik timbul bagi menggantikan huruf dan nombor. Louis Braille merupakan anak keempat kepada seorang tukang kulit bernama Simon René Braille dan mempunyai penglihatan normal ketika kecil. Ibunya bernama Monique. Ketika berusia 3 tahun Louis Braille telah bermain-main di kedai ayahnya apabila dia tercucuk matanya dengan satu peralatan menebuk lubang pada kulit 'awl' (peralatan dengan hujung tajam dengan pemegang kayu bulat) kepunyaan bapanya. Walaupun mendapat khidmat perubatan terbaik pada masa itu, matanya yang sebelah lagi terkena jangkitan kuman mengakibatkan Louis Braille kehilangan penglihatan di kedua-dua belah matanya.
Walaupun buta, Louis Braille mendapat galakan ibubapanya, paderi tempatan dan guru sekolah untuk menghadiri kelas di mana dia mendahului rakan-rakannya yang celik. Bagaimanapun, disebabkan kecacatan penglihatan, dia tidak dapat membaca atau menulis. Pada tahun 1819, ketika berusia 10 tahun, Louis Braille telah mendapat biasiswa untuk belajar di Paris di Institut Kanak-Kanak Buta. Pengasas institut tersebut, Valentin Haüy, telah mendapat idea untuk membekalkan buku dengan huruf timbul untuk dibaca oleh orang buta. Buku-buku tersebut agak sukar dibaca, tebal dan mahal untuk dibuat, dengan setiap hurufnya sebesar 1 inci tinggi. Keadaan di sekolah tersebut amat tegas. Bangunan sekolahnya lembap dan melaksanakan sistem displin yang tegas sebagaimana sekolah-sekolah lain pada masa itu. Pelajar yang bersalah akan dirotan, dikurung, dan diberi roti keras dan air. Kehidupan semua orang adalah susah dan kebanyakan pelajar yang dapat melihat akan bekerja ketika berusia 12 tahun di kilang atau dalam lombong arang batu.
Di sekolah di Paris, pelajar buta akan diajar kemahiran praktikal seperti menganyam kerusi dan membuat selipar agar mereka dapat mencari nafkah selepas menamatkan persekolahan. Sekali seminggu, mereka akan dibawa bersiar di taman dengan diikat di pinggang dengan tali. Mereka diajar membaca tetapi tidak untuk menulis. Huruf di buku dibuat dengan menggunakan wayar tembaga yang ditekan pada kertas. Disebabkan setiap huruf perlu dibentuk menggunakan wayar, orang buta tidak dapat melakukannya dengan sendiri. Di sekolah itu hanya terdapat empat belas buku seperti itu dan Loius Braille membaca kesemuannya. Louis Braille merupakan seorang yang berbakat. Dia mempelajari cara bermain cello dan organ ketika masih muda dan bermain organ di gereja seluruh bandar Paris. Muzik memberikannya pendapatan yang tetap dan Loius Braille menggemarinya.
Pada tahun 1821, seorang pegawai tentera Charles Barbier de la Serre telah membuktikan bahawa perutusan yang ditulis dengan titik dan tanda sengkang dapat ditekan di atas kertas tebal untuk kegunaan perhubungan ketenteraan pada waktu malam ketika dalam parit pertahanan. Ini untuk mengelak daripada dikesan oleh musuh, tetapi ditolak oleh pihak tentera disebabkan kesukaran untuk melatih tentera. Sistem penulisan malam ataupun sonography menggunakan dua belas titik dan sengkang yang timbul mewakili bunyi berlainan. Tanda sengkang memakan banyak ruang dan setiap muka surat hanya dapat diisi dengan satu atau dua ayat. Charles Barbier menunjukkan cara penggunaan tulisan malam di sekolah Louis Braille yang menerimanya sebagai percubaan sahaja. Louis Braille menyedari kebaikan sistem titik timbul dan berusaha untuk memudahkannya.
Ketika bercuti Louis Braille menghabiskan masanya memperbaiki cara penulisan timbul ini. Louis Braille menyedari kelematan sistem Sonography seperti penggunaan asas dua belas titik dan penulisan berasaskan bunyi. Ketika berada dibengkel ayahnya, Louis Braille menyentuh alat penebuk ayahnya dan dia mendapat idea untuk menggunakan alat penebuk yang tumpul untuk membentuk tanda titik timbul di atas kertas. Selepas beberapa bulan berusaha, dia mendapati sistem enam titik timbul sebagai yang terbaik. Kedudukan titik yang berbeza mewakili huruf berbeza. Louis Braille terus memajukan penulisan braille selama beberapa tahun, memajukan kod mathematik dan muzik.
Pada tahun 1827 buku braille pertama dikeluarkan. Bagaimanapun sistem baru ini tidak diterima serta merta. Ini disebabkan terdapat halangan oleh mereka yang tidak memahami keperluan orang buta dan tidak mahu menerima atau menggalakkan penggunaan bentuk tulisan yang tidak dapat dibaca oleh orang biasa. Malah salah seorang pengetua di sekolah Louis Braille melarang penggunaan tulisan braille dan membakar buku braille yang ada. Bagaimanapun tulisan braille terus dipelajari dan digunakan oleh pelajar-pelajar dengan secara bersembunyi. Louis Braille sentiasa gigih menyebarkan tulisan braille dan akhirnya barulah tulisan braille diterima. Pada tahun 1834 Louis Braille menyempurnakan sistemnya dan menerbitkan buku Cara Menulis Perkataan, Muzik, Dan Lagu Dengan Menggunakan Titik Untuk Kegunaan Orang Buta Dan Disusun Oleh Mereka "Method of Writing Words, Music and Plain Song by Means of Dots, for Use by the Blind and Arranged by Them" .
Dengan menggunakan tulisan braille, sekarang orang buta bukan saja boleh membaca, malah dapat menulis dengan menggunakan peralatan tajam menyerupai penebuk 'awl' yang membutakan mata Louis Braille dahulu. Mereka kini dapat berdikari. Louis Braille menjadi guru di sekolah tempat dia belajar dahulu. Louis Braille dikagumi dan dihormati oleh pelajar- pelajarnya kerana kegigihannya, tetapi dia tidak dapat melihat sistem penulisan braillenya diterima ramai. Louis Braille sering diserang penyakit dan pada tahun 6 Januari 1852 ketika berumur 43 dia mati akibat penyakit Penyakit Batuk Kering.
Pada permulaannya sistem tulisannya hampir terkubur tetapi beberapa orang penting menyedari kepentingan ciptaan Louis Braille dan pada tahun 1868, Dr. Thomas Armitage (1824-1890) dan tiga rakannya mengasaskan 'British and Foreign Society for Improving the Embossed Literature of the Blind'. Kumpulan sahabat yang kecil ini bertambah dan menjadi Institusi Negara DiRaja Untuk Orang Buta 'Royal National Institute for the Blind', pencetak buku braille terbesar di Eropah dan British. Pada tahun 1990, tulisan braille digunakan di seluruh dunia dan diterima pakai oleh hampir semua bahasa daripada Albani hingga ke Zulu.
Di Perancis pencapaian Louis Braille diakui ditahap kebangsaan dan pada tahun 1952, jasadnya dipindahkan ke Paris di mana dia dikebumikan di Pantheon, tempat pengkebumian wira negara Perancis. Melalui usaha Louis Braille, beribu-ribu orang buta dapat membaca dan menulis.
Abjad Braille
Braille terdiri daripada sel yang mempunyai 6 titik timbul yang dinomborkan seperti berikut:
Huruf Braille Bahasa Melayu adalah hampir sama dengan kod huruf Braille Inggeris. Perkataan, simbol (seperti tanda seru dan tanda soal), beberapa perkataan dan suku kata boleh didapati secara terus. Contohnya perkataan orang dipendekkan kepada org. Ini membolehkan buku buku Braille yang lebih nipis dicetak.
Simbol Braille juga telah diperkaya sehingga boleh digunakan untuk membaca nota muzik dan matematik. Kini Braille telah diubahsuai dengan menambah dua lagi titik menjadikan Braille menjadi kod 8 titik. Ini memudahkan pembaca Braille mengetahui huruf tersebut adalah huruf besar atau kecil. Selain itu, penukaran ini membolehkan huruf huruf ASCII dipertunjukkan dan kombinasi 8 titik ini diekodkan dalam standard Unicode.
Braille boleh dihasilkan menggunakan batuan loh ( slate) dan stilus ( stylus ) di mana titik dihasilkan daripada belakang muka kertas, menulis dengan imej cermin, menggunakan tangan, atau menggunakan mesin taip Braille yang dikenali sebagai Perkins Brailler. Braille juga boleh dihasilkan menggunakan mesin cetak Braille yang disambung kepada komputer.
Tuesday, March 29, 2011
banjir...
laluan kesekolah skpk kterengganu dinaiki air..
ramai cg tokleh masuk dengan keta ke sekolah...terpaksalah parking kete kat luar jee.. meredah air banjir untuk sekolah...ha.... seronok juga main hujan... ingat-ingat masa kecik-kecik dulu...
ramai cg tokleh masuk dengan keta ke sekolah...terpaksalah parking kete kat luar jee.. meredah air banjir untuk sekolah...ha.... seronok juga main hujan... ingat-ingat masa kecik-kecik dulu...
inilah laluan skpk kterengganu dinaiki air.. hujan dari malam tadi.....
sebuah kereta tersadai didepan sekolah... dek kerana banjir.....
ari ni mari ke sekolah jalan kaki... pakai selipar je.. kasut dalam keta.. banjir boss....
meredah banjir cikpuan kita.. mari kesekolah...syabaslah PT kite kesekolah juga.. walaupun terpaksa jalan kaki ke seolah...
inilah kedaan pintu masuk kesekolah... naik air...
seronoknya cikgu-cigku tapi yang malu-malu tu pn hajjjah kite... seronoknya tak masuk kelas ye...
Monday, March 28, 2011
barang siapa
Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam diri. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah berbuat baik kepada jiran tetangganya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah menghormati tetamunya. "
Sunday, March 27, 2011
MAJLIS BERSAMA MB
Majlis Perjumpaan Y.A.B. Dato Seri Menteri Besar bersama-sama pengetua, guru besar, guru INTEL TECH dan EIO .....
aturcara majlis
8.30 pagi- pendaftaran
9.45 pagi- jemputan mengambil tempat
9.50 pagi- ketibaan Jemputan khas
10.00pagi- ketibaan Y.A.B Dato Seri Haji Ahmad bin Said MB Terengganu
- nyanyian lagu Negaraku
- Ucapab aluan Pengarah Pelajaran Terengganu
- Ucapan perasmian oleh MB Terengganu
- Penyampaian sijil Intel Teach oleh MB
aturcara majlis
8.30 pagi- pendaftaran
9.45 pagi- jemputan mengambil tempat
9.50 pagi- ketibaan Jemputan khas
10.00pagi- ketibaan Y.A.B Dato Seri Haji Ahmad bin Said MB Terengganu
- nyanyian lagu Negaraku
- Ucapab aluan Pengarah Pelajaran Terengganu
- Ucapan perasmian oleh MB Terengganu
- Penyampaian sijil Intel Teach oleh MB
Nasi Lemak Ikan Ayer...
nasi lemak nie disediakan oleh Cg Wan dibilik guru.. sapa-sapa yg mari bilik guru bolehlah makan...
antara menu ari nie..
+ nasi lemak
+ ikan ayer
+ kacang goreng
+ sawi celur..
+ timun batang
+ telur ayam kampung
+ ikan bilis masak sambal
antara menu ari nie..
+ nasi lemak
+ ikan ayer
+ kacang goreng
+ sawi celur..
+ timun batang
+ telur ayam kampung
+ ikan bilis masak sambal
nasi lemak yg dimasak oleh cg wan & cg hasmah sma mcam kat kedai....
tumis ikan ayer... wauu.... sedap...
Tuesday, March 22, 2011
bacaan ayat suci al quran...
alamdulillah sejuknya setiap pagi datang kesekolah, kerana dapat sama-sama baca al quran,sebelum masuk kelas untuk mengajar..
peperiksaan OTI 1, 2011
Peperiksaan oti 1 telah lama habis, tapi kami yg ajar murid masalah penglihatan belum selesai lagi, tapi s/u periksa sekolah dah mintok markah piksa... tolonglah kami.....
Monday, March 21, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)