Selamat Datang..bermulanya disini...Terima kasih kerana sudi singgah kat blog..Mulakan membaca dengan Bismillah...

Sunday, July 31, 2011

PROGRAM KEM MOTIVASI TITIAN JAYA TAHUN 2011

PROGRAM KEM MOTIVASI TITIAN JAYA UPSR 2011

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS (PENDENGARAN)
KUALA TERENGGANU.


1.         NAMA PROGRAM

Program Kem Motivasi Titian Jaya UPSR 2011 Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas ( Pendengaran) Kuala Terengganu.


2.         PENGENALAN

Program Kem Motivasi Titian Jaya  merupakan program tahunan yang dirancang untuk memperkasakan  kecemerlangan akademik murid-murid Sekolah Pendidikan Khas (Pendengaran) Kuala Terengganu yang akan menghadapi peperiksaan  UPSR.


3.            RASIONAL
            
3.1    Murid-murid Pendidikan Khas amat memerlukan pendedahan dan
       kesedaran untuk menjadi individu yang cemerlang.

                  3.2    Murid–murid Pendidikan Khas perlu pengalaman dari segi teknik  dan
                        kemahiran untuk menjawab soalan.

            3.3    Murid-murid Pendidikan Khas perlu diberi kaedah pengajaran dan
                  pembelajaran  secara berkumpulan.




         
         
4.         OBJEKTIF

4.1         Membina murid-murid yang penyayang, berakhlak mulia, berilmu pengetahuan dan berkemahiran untuk mengimbangkan aktiviti seharian di sekolah, rumah dan dalam masyarakat.

4.2         Memberikan pengalaman, pengetahuan dan kesedaran untuk mengendalikan aktiviti pengurusan seharian yang seimbang bagi mencapai kecemerlangan dari aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek.

4.3         Memberikan kesedaran kepada murid-murid bahawa mereka juga berpontensi untuk menjadi pelajar cemerlang.

4.4         Membantu murid-murid untuk mempertingkatkan prestasi akademik.

4.5         Membantu murid-murid dari segi aspek sosial dan pembelajaran.

4.6         Melahirkan murid-murid yang berkualiti dalam pendidikan.



5.         KUMPULAN  SASARAN


Seramai 10 orang pelajar tahun 6 UPSR 1 dan  6 UPSR 2  dan 6 UPSR 3 dari Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (Pendengaran) Kuala Terengganu dengan bantuan  semua guru dan kakitangan sekolah.



6.                TARIKH

Kem Motivasi Titian Jaya UPSR akan dijalankan pada  26,27  dan  28 Julai  2011.



7.            TEMPAT


Program Kem Motivasi Titian Jaya UPSR 2011 akan dijalankan di bilik mesyuarat  SK Pendidikan Khas (Pendengaran) Kuala Terengganu.




8.            STRATEGI


Bagi mencapai objektif ini, pengisian program Kem Motivasi Titian Jaya UPSR 2011 diberi penekanan kepada aspek-aspek berikut :-

v  Teknik menjawab soalan.
v  Motivasi dan membina minda.
v  Riadah




9.            FASILITATOR

Fasilitator terdiri dari guru-guru mata pelajaran tahun teras tahun 6 , Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (Pendengaran) Kuala Terengganu. 


 10.          MAJLIS JEMAAH PENGURUSAN

KEM MOTIVASI TITIAN JAYA 2011


Pengerusi                                         Encik Rashid bin Long
                                                           Guru Besar

Naib Pengerusi I                              Puan Kutong binti Othman
                                                           Penolong Kanan Pentadbiran

Naib Pengerusi II                             Encik Zarawi bin Chik
                                                           Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi III                            Encik Suhaimi bin Hamzah
                                                          Penolong Kanan Ko Kurikulum

Setiausaha                                       Encik Muhammad Zakaria bin Husain
                                                           Penyelaras UPSR

Pen.Setiausaha                               Puan Wan Shamsiah binti Wan Abdullah

Bendahari                                         Cik  Hasmah binti Ab.Aziz

Ahli Jawatankuasa                          Encik Che Shafei bin Che Ali
                                                           Encik Hassan bin Zakaria
                                                           Puan Hajjah Noor Saadah binti Hj Othman
                                                           Puan Roslawati binti Ismail
                                                           YM Raja Azianwaty binti Raja Ismail
                                                           Puan Zuraini binti Jusoh
                                                           Puan Sukeriah binti Jusoh 
                                                           Puan Fazilah binti Puteh

                                               

11.       PENUTUP

Program Kem Motivasi Titian Jaya UPSR 2011  adalah merupakan program yang dijalankan setiap tahun pada peringkat sekolah. Semoga dengan perancangan yang dijalankan dapat membantu murid untuk lebih cemerlang dalam UPSR.




 Di sediakan oleh :

 …………………………………
(Muhammad Zakaria bin Husain )
Penyelaras UPSR

Thursday, July 21, 2011

BENGKEL P&P CEMERLANG BAHASA INGGERIS KHAS CALON BERMASALAH PENDENGARAN DAN PENGLIHATAN

Encik Huzairul bin Hj.Abd.Kadir
SK Marang,
21600 Marang, Terengganu.

Melalui dan Salinan
Guru Besar,
SK Marang,
21600 Marang, Terengganu.


Tuan,

JEMPUTAN MENYAMPAIKAN KURSUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CEMERLANG MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk,

2.       Sukacitanya dimaklumkan bahawa SK.Pendidikan Khas ( Pendengaran )Kuala Terengganu, akan mengadakan Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris kepada murid UPSR dan guru Bahasa Inggeris.Sehubungan dengan itu , pihak sekolah memohon jasa baik pihak tuan untuk menyampaikan kursus tersebut sebagaimana maklumat di bawah :

Tarikh             : 21  Julai  2011 ( Khamis )
Masa              : 8.00 - 10.00 pagi
            Tempat           : Bilik Mesyuarat
  SK.Pend. Khas  (P) Kuala Terengganu.
            Sasaran         : Bil Murid : 14 orang
                                      Bil Guru : 10 orang

3.    Semoga  permohonan kami ini mendapat pertimbangan daripada pihak tuan untuk menjayakan program tersebut, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian, terima kasih.

“ Melestarikan Pendidikan Terbilang ”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” 




KOLEKSI GAMBAR SEMPENA BENGKEL P&P CEMERLANG BAHASA INGGERIS


Encik Huzairul bin Hj.Abd.Kadir memulakan Bengkel P&P Cemerlang B Inggeris

 Guru Besar SKPK turut  serta dalam majlis ini...



 sebahagian guru-guru Bahasa Inggeris mengikuti Bengkel P&P Cemerlang BI



 Nur Syuhada membaca teks sambil di bimbing oleh Cg Noor Saadah...









Cenderamata kenangan dari SKPKT


Tuesday, July 19, 2011

KEM JATI DIRI TAHUN 2011 SK PEND KHAS (P) K.TERENGGANU.

PENGENALAN
Kem Jati Diri  2011 ini merupakan program yang diadakan secara tahunan. Ianya dianjurkan oleh Jawatankuasa Badan Disiplin dan Pengawas Sekolah. ....

RASIONAL
Bakat  kepimpinan, berdisplin dan kreatif adalah sifat-sifat yang diperlukan bagi melahirkan generasi berwawasan. Pelajar yang cerdik di bidang akademik sahaja tanpa sifat-sifat di atas belum boleh dianggap pelajar cemerlang dan belum boleh dibanggakan. Kem Jati Diri ini diharapkan.....

OBJEKTIF

1. Menambahkan dan meluaskan pengetahuan murid tentang asas kepimpinan
2.Menggalakkan pergaulaan yang lebih bermakna dan menerapkan nilai-nilai murni dikalangan pejar
3. Bersedia menghadapi sebarang cabaran dengan ketahanan mental  dan fizikal serta tahan lasak.


GAMBAR-GAMBAR SEMASA AKTIVITI YANG TEKAH DIJALANKAN

 Ini sepatutnya banner yang dihasilkan oleh USTAZ AZRIL ZAKARIA

 tapi ini hasilnya yang direka oleh tuan punya kedai..

 BOSS LDK cg Rohaya memberikan ice breaking...
 Cg Elani yang bersemangat, walaupun usia kandungan telah masuk 8 bulan.
dimana jua... SOLAT Tetap dilaksanakan...

 ustaz Azril memberikan tazkirah...kepada pelajar bermasalah penglihatan
 BOSS kaunseling bersama SLOTnya...

 menjalankan xtvt yang telah dirancang...


 HAFIZ.... PPM Melaksankan TUGAS dengan baik....




 jejaka-jejaka SKPK yang .........


 masuk, jangan tak masuk...









 taklimat sebelum Merentas Hutan Sekayu...

Baju KUNING tetap BERSIH....

 baju HIJAU tetap keDAMAIan..




 menuju ke hutan sekayu...


 pasukan HIJAU dipimpin oleh Cg SHUKRI


 antara laluan yang sukar...

 berehat seketika setelah penat berjalan...




 jauh...tapi mesra.hahahaha...

 tetap mancho....


 merentas sungai antara cabaran yang dilalui...







 cg HASSAAN bersama ayam BBQ,,, seorang je cikgu...

 HAFIZ..... jaga-jaga



awak2 2011

awak2 2011


Top Menu