Selamat Datang..bermulanya disini...Terima kasih kerana sudi singgah kat blog..Mulakan membaca dengan Bismillah...

Thursday, March 31, 2011

Mari Belajar Bahasa Isyarat










PENGENALAN

Bahasa isyarat merupakan kaedah komunikasi yang menggunakan pergerakan tangan, badan dan bibir untuk menyampaikan maklumat dan melahirkan maksud kata-kata seorang penutur. Bahasa Isyarat digunakan secara meluas oleh kebanyakan orang pekak di Malaysia. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan antara bahasa isyarat mengikut tempat dan lokasi. Bagi orang biasa, ia boleh dikatakan sebagai loghat atau dialek tempatan.

Di Malaysia terdapat dua jenis bahasa isyarat yang utama digunakan secara meluas iaitu Bahasa Isyarat malaysia (BIM) dan Kod tangan Bahasa Melayu (KTBM). Untuk membezakan dua jenis bahasa isyarat ini bolehlah dikatakan bahawa BIM lebih kepada percakapan harian biasa manakala KTBM lebih kepada bahasa yang biasa digunakan dalam penulisan dan rasmi

SEJARAH

Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) ini bukan Bahasa Melayu Isyarat Tangan.Kod Tangan Bahasa Melayu diadakan menurut asas-asas dan tatabahasa serta prinsip-prinsip bahasa melayu sebagaimana yang didengar, diperbualkan,ditulis, dibaca dan difahami oleh rakyat Malaysia. Apabila Kod Tangan Bahasa Melayu ini diperturunkan ke dalam bahasatulisan maka tiada apa-apa perbezaan pun tentang struktur dan simantik dalam bahasa Melayu. Ayat-ayat yang diberi kepada kanak-kanak pekak atau kanak-kanak biasa itu sama maknanya.

Kod tangan mula pada tahun 1973 dan Bahasa Malaysia Kod Tangan (BMKT) digubal dan siap pada tahun 1978. Pada tahun 1982, kursus BMKT yang pertama diPulau Pinang. Jabatan Pendidikan Khas dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak ersatuan Pekak Negeri-negeri, Jabatan Pendidikan Negeri, Dewan Bahasa kod tangan bahasa melayu (KTBM) edisi 1979 yang diguna pakai sehingga hari ini.

Kata Majmuk

Perkataan kata majmuk yang mempunyai dua kata dasar digabungkan seperti: kapal terbang keretapi tali pinggang papan hitam bola sepak Semua kata majmuk ini membawa suatu makna atau objek. Oleh itu digunakan satu kod sahaja.Kata Ringkas Ada perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang diringkaskan dari dua, tiga atau lebih menjadi satu perkataan sahaja seperti :

cikgu daripada encik guru.
tiada daripada tidak ada.
berdikari daripada berdiri di atas kaki sendiri.
pawagam daripada panggung wayang gambar.

Semua perkataan ringkas ini tidak diberi kod tetapi hendaklah dieja kecuali pada perkataan-perkataan yang lazim digunakan seperti cikgu digunakan “c” seperti kod “guru”, tiada digunakan “t” seperti kod tidak.

Perkataan Pergandaan Berganda sama budak-budak, orang-orang, rumah-rumah Semua perkataan berganda sama ini diulang kod perkataanyang mula-mula.Berganda tak Sama (Berubah) Semua perkataan berganda tak sama (berubah) ini menggunakan kod perkataan mula dan huruf awal pada perkataan berikutnya iaitu:

kuih-muih= kod kuih dan huruf m
saudara-mara= kod saudara dan huruf m
bukit-bukau= kod bukit dan huruf b

Berganda separuh

Semua perkataan berganda separuh ini hendaklah didahulukan dengan huruf dan diikuti dengan kodnya.lelaki= huruf l dan kod laki jejari= huruf j dan kod jari bebola= huruf b dan kod bola Perkataan berganda dan berpenambah tulis-menulis, berlari-lari, buah-buahan Semua perkataan ini dilakukan seperti perkataan berganda sama iaitu diulangi kod dasarnya dengan diberi awalan atau akhiran pada mana-mana perkataan yang berkenaan.

Imbuhan (penambahan) me, pe, ter, ber dan per.

Murid-murid hendaklah diberitahu tentang penggunaan dan perubahan ejaannya pada penambahan “me” yang bertukarmenjadi me, mem, men, meng, menge. Walaupun demikian semua menggunakan huruf pertama seperti :

(a) huruf m untuk awalan huruf t untuk awalan
(b) Untuk membezakan antara awalan “pe” dengan “per” ialah ditambah huruf “r” menjadi “p” dan “r”.  pelukis= “pe” dan kod lukisan perbuatan= “p”- “r” dan kod buat dan “an”
(c) Dalam Bahasa Melayu terdapat beberapa pengecualian ejaan dalam imbuhan “pe” yang tidak menurut perubahanejaannya pada perkataan sakit, tani, sawah, kerja Dalam KTBM ini, pengecualian ini ialah huruf “p” tangan kanan tetap seperti biasa tetapi pengecualian ini pada tapak tangan kiri yang hujung jari menghala ke depan, tidak ke atas.

No comments:

Post a Comment

awak2 2011

awak2 2011

Top Menu