PROGRAM KEM MOTIVASI TITIAN JAYA UPSR 2011
SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS (PENDENGARAN)
KUALA TERENGGANU.
1. NAMA PROGRAM
Program Kem Motivasi Titian Jaya UPSR 2011 Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas ( Pendengaran) Kuala Terengganu.
2. PENGENALAN
Program Kem Motivasi Titian Jaya merupakan program tahunan yang dirancang untuk memperkasakan kecemerlangan akademik murid-murid Sekolah Pendidikan Khas (Pendengaran) Kuala Terengganu yang akan menghadapi peperiksaan UPSR.
3. RASIONAL
3.1 Murid-murid Pendidikan Khas amat memerlukan pendedahan dan
kesedaran untuk menjadi individu yang cemerlang.
3.2 Murid–murid Pendidikan Khas perlu pengalaman dari segi teknik dan
kemahiran untuk menjawab soalan.
3.3 Murid-murid Pendidikan Khas perlu diberi kaedah pengajaran dan
pembelajaran secara berkumpulan.
4. OBJEKTIF
4.1 Membina murid-murid yang penyayang, berakhlak mulia, berilmu pengetahuan dan berkemahiran untuk mengimbangkan aktiviti seharian di sekolah, rumah dan dalam masyarakat.
4.2 Memberikan pengalaman, pengetahuan dan kesedaran untuk mengendalikan aktiviti pengurusan seharian yang seimbang bagi mencapai kecemerlangan dari aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek.
4.3 Memberikan kesedaran kepada murid-murid bahawa mereka juga berpontensi untuk menjadi pelajar cemerlang.
4.4 Membantu murid-murid untuk mempertingkatkan prestasi akademik.
4.5 Membantu murid-murid dari segi aspek sosial dan pembelajaran.
4.6 Melahirkan murid-murid yang berkualiti dalam pendidikan.
5. KUMPULAN SASARAN
Seramai 10 orang pelajar tahun 6 UPSR 1 dan 6 UPSR 2 dan 6 UPSR 3 dari Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (Pendengaran) Kuala Terengganu dengan bantuan semua guru dan kakitangan sekolah.
6. TARIKH
Kem Motivasi Titian Jaya UPSR akan dijalankan pada 26,27 dan 28 Julai 2011.
7. TEMPAT
Program Kem Motivasi Titian Jaya UPSR 2011 akan dijalankan di bilik mesyuarat SK Pendidikan Khas (Pendengaran) Kuala Terengganu.
8. STRATEGI
Bagi mencapai objektif ini, pengisian program Kem Motivasi Titian Jaya UPSR 2011 diberi penekanan kepada aspek-aspek berikut :-
v Teknik menjawab soalan.
v Motivasi dan membina minda.
v Riadah
9. FASILITATOR
Fasilitator terdiri dari guru-guru mata pelajaran tahun teras tahun 6 , Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (Pendengaran) Kuala Terengganu.
KEM MOTIVASI TITIAN JAYA 2011
Pengerusi Encik Rashid bin Long
Guru Besar
Naib Pengerusi I Puan Kutong binti Othman
Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi II Encik Zarawi bin Chik
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi III Encik Suhaimi bin Hamzah
Penolong Kanan Ko Kurikulum
Setiausaha Encik Muhammad Zakaria bin Husain
Penyelaras UPSR
Pen.Setiausaha Puan Wan Shamsiah binti Wan Abdullah
Bendahari Cik Hasmah binti Ab.Aziz
Ahli Jawatankuasa Encik Che Shafei bin Che Ali
Encik Hassan bin Zakaria
Puan Hajjah Noor Saadah binti Hj Othman
Puan Roslawati binti Ismail
YM Raja Azianwaty binti Raja Ismail
Puan Zuraini binti Jusoh
Puan Sukeriah binti Jusoh
Puan Fazilah binti Puteh
11. PENUTUP
Program Kem Motivasi Titian Jaya UPSR 2011 adalah merupakan program yang dijalankan setiap tahun pada peringkat sekolah. Semoga dengan perancangan yang dijalankan dapat membantu murid untuk lebih cemerlang dalam UPSR.
(Muhammad Zakaria bin Husain )
Penyelaras UPSR