SYABAS PENYU!
Kuala Terengganu. 22hb Oktober 2011. Dua jaringan daripada Manaf Mamat serta Ashaari Shamsudin pada babak pertama dan kedua telah melenyapkan terus Misi 33 pasukan Selangor pada tahun ini dalam kempen ke final Piala Malaysia 2011. Jaringan lewat melalui tandukan terbang Shafiq Rahim tidak banyak membantu kerana agregat besar yang didokong oleh Sang Penyu.
Turun dengan kesebelasan yang sama ketika mencatat kemenangan penuh bergaya di tempat lawan sebelum ini, kedua2 pasukan saling mengasak dan Selangor menunjukkan ke"urgency" di bahagian tengah dan serangan. Jaringan awal mereka terbatal kerana offside. Terengganu yang lebih banyak bertahan serta seperti biasa lebih menumpukan kepada serangan balas melalui trio Ashaari, Manaf dan Joseph.
Hasil serangan kilat pada minit ke20, Ashaari yang menerima hantaran daripada Hadi bijak memperdayakan kawalan Selangor sebelum melorong kepada Manaf di penjuru kanan gol yang sekali lagi bijak memperdayakan pertahanan dan penjaga gol Selangor sebelum merembat cantik untuk gol pertama Terengganu. Terdahulu Terengganu hampir dihadapan apabila serangan counter attack melalui Ashaari dan susulan Joseph yang terkena tiang kiri gol Selangor membayangkan kelicikan mereka.
Babak kedua Selangor masih memburu gol pendahuluan dan semangat tetapi benteng Penyu tetap kental bertahan dan menidakkan sepakan2 sudut yang banyak diperolehi lawan. Sharbini tetap yakin dan bijak membaca rembatan pihak lawan. Tiba giliran Ashaari yang menerima hantaran bawah yang cantik sebelum menahan dan meledak half volley yang disifatkan oleh bekas pemain Selangor Nazzab, sebagai world class goal dan penjaga gawang Selangor sekadar melayang angin.
Hasil serangan bertali arus Selangor termasuklah pemain berpengaruh mereka Amri Yahyah, Amirul Hadi bijak meloloskan diri daripada Zubir lalu menyilang cantik sebelum ditanduk terbang oleh Syafiq ketika Reshafiq Alwi jauh daripada kawalannya. Tersentak dengan jaringan itu, kedua2 pasukan saling mengasak tetapi Terengganu terus kental dan sambutan bunga api menutup segala cerita.
dipetik :http://www.ganusoccer.net/v6/
No comments:
Post a Comment