Selamat Datang..bermulanya disini...Terima kasih kerana sudi singgah kat blog..Mulakan membaca dengan Bismillah...

Sunday, June 12, 2011

penyokong terengganu bersemangat....

Ketika bahang final Piala FA semakin terasa, tiga kelab penyokong Terengganu yang diketuai oleh Peteh, Terengganu Fan Club (TFC) dan Ultras Ganu melaungkan amaran untuk menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil dengan sorakan padu mereka.

Bagi Timbalan Pengerusi Peteh, Datuk Mohd. Hazlan Ismail pula, Terengganu seharusnya melupakan kekalahan lalu dan bersedia untuk bangkit pada final.
Katanya, Peteh tidak akan jemu memberi sokongan kepada pasukan Terengganu dan berharap agar para pemain bermotivasi tinggi untuk menang.

"Kami juga akan beri ganjaran kepada para pemain walaupun mungkin tidak sebesar mana sekiranya mereka pulang dengan kejayaan," katanya.
Tambah Mohd. Hazlan, walaupun Peteh hanya menyediakan tujuh buah bas, ramai lagi penyokong yang akan menyertai mereka dengan menaiki bas sumbangan kerajaan negeri serta kenderaan perseorangan.
Ketua Penerangan TFC, Rashid Ridha berkata, penyokong ketiga-tiga kelab akan berpadu tenaga bagi memastikan pasukan Terengganu tidak kekeringan sorakan berbanding penyokong Kelantan.
Katanya, walaupun skuad Penyu tunduk kepada Kelantan 0-3 di gelanggang sendiri Isnin lalu, ia tidak mematahkan semangat untuk melihat pasukan itu meraih kejayaan pada final nanti.
"Memang kita menyimpan harapan yang tinggi untuk melihat pasukan kesayangan kita Terengganu membawa pulang Piala FA.
"Untuk itu, TFC telah menyediakan 10 buah bas khas untuk ahli kelab menyaksikan perlawanan bersejarah itu nanti," katanya.
Sementara itu, jurucakap kelab penyokong Ultras Ganu, Mohd. Shafiq Sahari memberitahu, mereka akan merancang gimik baru sempena final nanti.
"Ultras Ganu adalah sebahagian daripada Ultras Malaya dan kita akan sentiasa berdiri teguh di belakang pemain dalam apa keadaan sekalipun," katanya, yang akan bersama-sama rombongan seramai 20 anggota kelab itu ke sana.

Posted by Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu 

No comments:

Post a Comment

awak2 2011

awak2 2011


Top Menu