Selamat Datang..bermulanya disini...Terima kasih kerana sudi singgah kat blog..Mulakan membaca dengan Bismillah...

Thursday, June 23, 2011

PROGRAM CERAMAH DAN PAMERAN PENCEGAHAN SALAHLAKU PELAJAR 2011

PROGRAM CERAMAH DAN PAMERAN SALAHLAKU PELAJAR 2011

PENGENALAN
Program ceramah pencegahan dan pameran salah laku pelajar dikalangan pelajar merupakan satu aktiviti tahunan jawatankuasa bimbingan dan kaunseling, AJK Pencegahan Jenayah dan AJK Pencegahan Daadah. Aktiviti ini untuk meningkatkan kesedaran dan keprihatinan pelajar bahayanya salahlaku dikalangan pelajar dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah tersebut.
Selain daripada itu, ianya untuk menyedarkan pelajar bahawa salahlaku pelajar adalah merupakan satu masalah yang perlu diambil perhatian dan tidak boleh dipandang ringan. Malahan jika masalah tersebut tidak diatasi dengan segera serta bijak akan boleh menyebabkan runtuhnya sesebuah Negara. Selain itu ia juga akan mewujudkan suasana yang tidak aman dan sejahtera.

RASIONAL
                Memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar tentang bahaya salahlaku dikalangan pelajar kepada diri murid, bangsa, agama dan Negara.

OBJEKTIF
  •    Member pendedahan tentang bahayanya salahlaku pelajar
  •  Menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan pemulihan salahlaku pelajar
  • Member kesedaran kepada murid tentang kesan dan akibat daripada salahlaku pelajar
  • Meningkatkan semangat murid untuk membendung salahlaku dikalangan pelajar

SASARAN
                Semua murid, guru dan kakitangan Sekolah Pendidikan Khas Kuala Terengganu.





No comments:

Post a Comment

awak2 2011

awak2 2011


Top Menu